Apr 26, 2010

Lirik Ribaibaru Versi Bahasa Malaysia

(Kebangkitan Kembali)

Di dalam gerimis hujan ini aku mempercepatkan langkah
Seperti panahan kilat di waktu musim panas
dan begitulah cepatnya kehilangan cinta dua orang kekasih

Ah……Beginilah hatiku membakar
dan kini menjadi warna debu revival.

Ah….. hanya terbayang kisah dahulu
Jikalau hanya kenalan sahaja bolehlah dilupai

Saat terakhir hanya bergelinangan air mata
Barulah sedar betapa dalamnya cinta itu

Ah……terkenangkan dia yang betapa baik hati
Tetapi sekarang menjadi biru gelap revival

Ah….hanya terbayang kisah dahulu
Esok mungkin berulang kembali....

Apr 23, 2010

KELALAIAN DALAM MENDIDIK ANAK

Anak-anak adalah amanah dari Allah SWT dan Ia sebahagian dari ujian Allah SWT kepada kita hamba-hambaNYA. Firman Allah SWT : "Harta benda dan anak-anak kamu hanyalah menjadi ujian dan di sisi Allah ada pahala yang besar." (QS. At-Taghabun, 64 : 15)

Sebagai ujian, Ia akan dipertanggungjawabkan. Orang yang malang ialah orang yang mempunyai banyak anak tetapi anak-anaknya tidak membawa kebaikan kepadanya di akhirat.

Rasulullah SAW diberitakan telah bersabda : "Tahukah engkau siapakah orang yang mandul?

Berkata para sahabat : "Orang yang mandul ialah orang yang tidak mempunyai anak."

Lalu Rasulullah SAW berkata "Orang yang mandul itu ialah orang yang mempunyai banyak anak tetapi anak-anaknya itu tidak memberi manfaat kepadanya sesudah ia meninggal dunia."

Maksud Al-Hadits, ini mungkin disebabkan beberapa kelalaian dalam mendidik anak-anak.

Kelalaian pertama : Kurang berdoa
A. Kurang berdoa semasa mengandung.
Doa-doa yang digalakkan diamalkan semasa mengandung ialah :
- Saidul (penghulu) Istighfar
- Doa memohon rahmat (QS. Ali Imran, 3 : 8-9)
- Doa memohon zuriat yang baik (QS. Ali Imran, 3 : 38)
- Doa agar anak mengerjakan solat (QS. Ibrahim, 14 : 40-41)

B. Kurang berdoa semasa membesarkan anak.
Doa-doa yang digalakkan diamalkan semasa anak membesar ialah :
- Doa agar anak patuh kepada Allah SWT (QS. Al-Baqarah, 2 : 128)
- Doa diberi zuriat yang menyejukkan hati (QS. Al-Furqan, 25 : 74)
- Doa supaya nama anak membawa kebaikan kepadanya.

Kelalaian kedua : Banyak memberi ajaran tarhib (menakutkan) daripada targhib (dorongan atau motivasi)
Ajaran tarhib antara lain seperti :
- menakutkan anak-anak dengan sekolah.
- menakutkan dengan tempat gelap.
- menakutkan dengan hutan rimba atau bukit bukau.
- menggunakan kekerasan dan paksaan waktu menyuruh anak tidur.


Kelalaian ketiga : Tidak tegas dalam mendidik anak-anak.
- tidak menjadualkan kegiatan harian anak-anak
- terlalu memfokuskan anak-anak kepada sesuatu aktiviti saja tanpa mengerti perasaan mereka.

Kelalaian keempat : Menegur anak secara negatif.
- mengeluarkan kata-kata kasar dan makian kepada anak-anak (terutama sewaktu marah).
- membandingkan anak-anak dengan anak-anak lain.

Kelalaian kelima : Memberi didikan yang tidak seimbang antara jasmani, rohani dan intelektual. Pendidikan intelektual lebih dipentingkan daripada pendidikan rohani. Apabila diberikan pendidikan rohani, pendidikan intelektual biasanya diberikan porsi yang lebih besar. Sehingga tidak terjadi keseimbangan.

Kelalaian keenam : Kurang memberi sentuhan kepada semua anak-anak. Rasulullah kerap dilihat mendukung cucu-cucunya dan mencium mereka. Diriwayatkan oleh Aisyah r.a. : 'Pada suatu hari Rasulullah SAW mencium Al-Hassan atau Al-Hussein bin Ali ra. Ketika itu Aqra bin Habis At-Tamimiy sedang berada di rumah baginda.

Berkata Aqra : "Ya Rasulullah! Aku mempunyai sepuluh orang anak, tetapi aku belum pernah mencium seorang pun dari mereka."

Rasulullah melihat kepada Aqra kemudian berkata : "Siapa yang tidak mengasihi tidak akan dikasihi."' (Al-Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim)

Kelalaian ketujuh : Penampilan diri yang kurang anggun dan kurang baik.
Orang tua tidak menunjukkan cara berpakaian yang baik dan sesuai syara bila berada di rumah, iaitu berpakaian secara seenaknya atau berpakaian seksi di hadapan anak-anak.

Kelalaian kelapan : Susunan rumah tangga yang tidak baik.
Ini mengakibatkan anak-anak terikut-ikut dengan cara salah seorang dari ibu bapaknya.

Kelalaian kesembilan : Membolehkan orang yang tidak baik perilaku, kesopanan, dan ahlaknya masuk ke dalam rumah kita, baik dari kalangan sahabat sendiri ataupun sahabat anak-anak.
Apabila kelalaian ini terjadi, maka akan memberikan contoh yang tidak baik kepada anak-anak yang sedang dalam pertumbuhan.

Kelalaian kesepuluh : Kurang mengawasi rancangan-rancangan yang ditonton di TV ataupun video.
Pengawasan dalam hal ini adalah penting kerana kebanyakan rancangan dari media ini menonjolkan akhlak yang kurang baik seperti pergaulan bebas lelaki dan perempuan, pakaian yang tidak menepati syara' dan perbualan yang dapat merosak aqidah dan pemikiran anak-anak.

Kelalaian kesebelas : Terlalu bergantung kepada pembantu rumah untuk mendidik anak-anak.
Sebagai ibu bapa kitalah yang akan diminta pertanggungjawaban di akhirat kelak akan anak-anak ini. Oleh itu adalah menjadi satu kepentingan kita untuk berusaha memastikan anak-anak terdidik dengan didikan Islam.

Sumber: light of islam
Org yg b'fikiran besar byk m'perkatakan ilmu,Org yg b'fikiran sederhana byk m'perkatakan peristiwa,Org yg b'fikiran rendah byk m'perkatakan diri sdri.

PERKARA YANG MEMBUAT KITA SUSAH

Perkara yang Membuat Kita Susah

Terdapat beberapa perkara yang mempunyai kaitan dengan kesusahan atau secara lebih khusus sebagai penyebab ditimpa kesusahan dan penderitaan yang mana pada kebiasaannya kita mengambil ringan tentang perkara tersebut. Dalam kitab Al-Barakah fi Fadhl lis Sa'yi Wal Harakah yang disusun oleh Abi abdillah Muhammad bin Abdul Rahman Al-Habsyi telah diterangkan perkara yang mempunyai hubung kait dengan kesusahan seseorang.

1. tidak sembahyang atau solat.
2. tidak membaca Bismillah ketika hendak makan.
3. makan atas pinggan yang terbalik.
4. memakai kasut atau sandal memulakan sebelah kiri.
5. menganggap ringan apa2 yang terjatuh dalam hidangan makanan.
6. berwuduk' di tempat buang air besar atau air kecil.
7. suka bersandar pada pintu rumah.
8. suka duduk di atas tangga.
9. membiasakan diri mencuci tangan di dalam pinggan selepas makan.
10. membasuh tangan dengan tanah atau bekas tepung.
11. tidak membersihkan rumah.
12. membuang sampah atau menyapu dengan kain.
13. suka membersihkan rumah pada waktu malam.
14. suka tidur di atas muka.
15. membakar kulit bawang.
16. menjahit baju yang sedang dipakai.
17. mengelap muka dengan baju.
18. berdiri sambil bercekak pinggang.
19. tidur tidak memakai baju.
20. makan sebelum mandi hadas.
21. tergesa-gesa keluar dari masjid selepas menunaikan solat subuh.
22. pergi ke pasar sebelum matahari terbit.
23. lambat pulang dari masjid.
24. doakan perkara yang tidak baik terhadap ibubapa dan anak-anak.
25. kebiasaan tidak menutup makan yang dihidangkan.
26. suka memadam pelita dengan nafas.
27. membuang kutu kepala dalam keadaan hidup.
28. membasuh kaki dengan tangan kanan.
29. membuang air kecil pada air yang mengalir.
30. memakai seluar sambil berdiri.
31. memakai serban sambil duduk.
32. mandi junub di tempat buang air atau tempat najis.
33. makan dengan menggunakan dua jari.
34. berjalan di antara kambing.
35. berjalan di antara dua perempuan.
36. suka mempermainkan janggut.
37. suka meletakkan jari jemari tangan pada bahagian lutut.
38. meletakkan tapak tangan pada hidung.
39. suka menggigit kuku dengan mulut.
40. mendedahkan aurat di bawah sinaran matahari dan bulan.
41. mengadap kiblat ketika membuang air besar atau air kecil.
42. menguap ketika solat.
43. meludah di tempat buang air besar atau air kecil.

PERKARA YANG HARAM TERDAPAT DI DALAM REZEKI

Perkara yang haram terdapat di dalam rezeki

Apabila kita membeli makanan dan minuman dari rezeki yang haram, kemudian sari pati makanan yang haram akan menjadi darah pula. Dalam masa 40 hari, baru akan berganti darah yang bersih. Apabila darah yang haram terdapat sebesar zarah bercampur dengan darah yang murni, kemudian jantung akan membahagi darah kesekujur tubuh. Apabila darah yang sebesar debu masuk pada jantung, orang tersebut akan mendapat penyakit was-was atau syak wasangka. Dan bila sampai kemulut, orang itu dapat penyakit suka mencaci dan memaki hamun, mengumpat dan berkata-kata perkara-perkara maksiat. Apabila jatuh ke kaki, dia akan berjalan-jalan ke tempat maksiat.

Rezeki yang haram apabila dibeli alat-alat rumahtangga, hidup dalam rumahtangga kacau bilau dan berantakan dan tiada ketenangan dan kedamaian di dalam rumahtangga. Kemudian apabila seorang mukmim, makan dan minum dari rezeki yang haram apa lagi orang yang memasak makanan dan minuman itu tidak bersolat atau sembahyang, makanan itu haram hukumnya. Berasaskan Hadith RasululLah S. A. W. Di zaman para sahabat, ada seorang hamba Allah yang soleh mempunyai seorang anak. Kemudian anaknya sakit dan penyakitnya cukup tenat. Setelah diubat oleh banyak tabib, namun penyakitnya tidak juga sembuh (sihat). Sehingga pada suatu malam orang tua itu bersolat ISTIKHARAH. Selesai solat itu dia berdoa kepada Allah, Ya Allah, Ya Rabbi, Seandainya anakku ini baik baginya untuk mati ambillah Ya Allah, aku redha dan ikhlas. Namun apabila baik baginya untuk hidup, sihat dan sembuhkanlah Ya Allah dari penyakitnya. Bila anakku sihat dan sembuh dari penyakitnya aku akan bernazar akan meminum darah anjing hitam dan akan mandi dengan air kencing anjing hitam. AlahamdulilLah berkat doanya itu. anaknya sihat dari penyakitnya. Namun dia tidak sanggup untuk membayar nazarnya.

Kemudian dia datang kepada RasululLah dan bertanya kepada baginda. Baginda memerintahkan agar dia mencari rumah seorang yang mengaku beragama Islam, namun orang itu tidak pernah solat di rumahnya. Apabila hari hujan, tampunglah air cucuran atapnya. Kemudian minum dan mandilah dengan air itu, akan melebihi darah dan kencing anjing hitam. Demikianlah pentingnya solat bagi orang yang beragama Islam. Sahabat nabi dan menantu nabi iaitu Saidina Ali bin Abi Thalib pernah berkata, apabila setitis arak tertumpah jatuh ke dalam perigi. Kemudian kering air perigi itu, lalu tumbuh rumput disumur itu (perigi). Aku tidak akan mengembala ternakanku disitu. Oleh sebab itu marilah jadikan sebagai iktibar peristiwa tersebut di atas. Supaya kita orang mukmin berjaga-jaga dari hal makanan dan minuman yang diharamkan bagi kita umat Islam.

JENAKA...MarriaGE LIFE before and after!

Marriage Life Before and After !!

Before marriage.
Darling here.. darling there...
After marriage.
Baling here... baling there..

Before marriage.
I die for you. . .
After marriage.
'You die, up to you. '
Lagi lama married.
You die I help you!

Before marriage.
You go anywhere. . I follow you.
After marriage. .
You go anywhere. . up to you .
Lagi lama married.
You go anywhere better get lost!!

Before wedding
you are my heart, you are my love'
After wedding
'you get on my nerves. '

Before wedding
'you are sweet and kind just like Cinderella'
After wedding
'you are worse than godzila'

Before wedding
Roses are red, violets are blue. Like it or not,
I'm stuck with you
After wedding
Roses are dead, I am blue. You get on my head,
I will sue you

Before wedding
Every makan he brings you to Shangri-La
After wedding
You want to go, he says you wait-la

Before wedding
She looks like Anita Sarawak
After wedding
Don't know whether katak or biawak

Send instant messages to your online friends who need a good

laugh...................... espcially if they are married.........!!!

KAYU TIGA???......

Bermain Kayu Tiga

Tiada yang sanggup mengaku kalau diri bermain kayu tiga atau menduakan pasangan. Tak kira bagi pasangan suami isteri mahupun yang sedang bercinta. Perkara ini sebenarnya boleh diketahui tanpa perlu menunggu si dia mengaku sekiranya anda seorang yang prihatin. Hanya dengan membaca sikap dan tingkah lakunya saja anda sepatutnya boleh mengagak si dia sedang menduakan anda. Di bawah adalah beberapa tanda yang boleh anda perhatikan:

1. Tiba-tiba jadi terlalu sibuk

Alasan yang paling klasik dan paling basi tapi masih sering diutarakan. Tidak jelas apa yang membuatkan pasangan anda sibuk tapi dia selalu mengelak untuk diajak bertemu. Kalau anda meminta untuk ikut sekali dalam aktivitinya dia menuduh anda tidak percayakan dirinya.

Apabila anda memprotes pada pasangan anda bahawa dia jarang meluangkan masa dengan anda, dia akan memarahi anda kembali dan mungkin menjadi sangat defensif. Jika si dia sudah menunjukkan tanda-tanda ini jangan terus menyerang dan mendakwanya melulu bahawa dia telah menduakan anda.

Sebaliknya jangan ambil peduli dengan kegiatannya. Sambil itu, cuba selidik apa kegiatannya selama ini. Jika sudah mempunyai bukti konkrit, dia pasti tidak dapat mengelak lagi. Dia akan berasa bersalah dan ketika itu anda buatlah keputusan yang terbaik untuk diri sendiri.

2. Berubah menjadi terlalu setia dan romantik

Siapa yang tidak gembira kalau diajak makan malam setiap hari di restoran mahal, diberi pujian yang melambung-lambung dan kata-kata yang romantik? Tapi awas jangan terpedaya dengan perubahan sikap sebegini. Mungkin apa yang dilakukan adalah untuk mengelabui mata anda.

Dia mengetahui apa yang anda mahu. Dia jua tahu apa yang membuatkan hati kita senang dan memanfaatkan semua untuk kepentingan dirinya sendiri. Selalunya kalau ditanya apa yang membuatkan dirinya begitu berubah, tiada alasan yang je! las dan tidak memberi jawapan yang cukup menyenangkan hati anda. Untuk mendapat kepastian darinya, sekali sekala tolak ajakan dan pemberiannya. Jika dia marah, berikan alasan yang logik dan biarkan dia kebingungan. Sementara itu cari maklumat tentang kegiatannya di belakang kita.

3. Terlalu banyak berahsia

Waktu sedang bersama dengan anda, tiba-tiba telefon bimbitnya berbunyi. Dengan segera dia menjauhkan diri dari anda dan bercakap seperti berbisik. Bila ditanya dengan siapa dia bercakap, jawapannya tidak jelas. Dan kalau kita meminta mahu memeriksa telefonnya, dia akan marah dan menuduh kita tidak mempercayainya.

Kita tidak perlu terus menuduhnya yang bukan-bukan. Lebih baik bersikap sewajarnya. Sekiranya kita memperlihatkan kemarahan, pasangan anda pasti punya cara lain untuk menutupi rahsianya. Cubalah anda bersikap tidak ambil tahu sikapnya dan dalam diam-diam korek rahsianya.

Manfaatkan perasaannya ketika dia merasakan sudah dapat membodohkan diri anda. Percaya sahaja dengan kata pepatah sepandai-pandai tupai melompat pasti akan jatuh juga. Biar masa saja yang menentukannya. Kalau anda sabar, rahsia pasti akan terbongkar juga.

4. Berubah penampilan dan pendapat

Jatuh cinta boleh menyebabkan kita boleh melakukan apa saja dan kadang-kadang terhadap perkara yang tidak masuk akal. Jatuh cinta juga boleh menyebabkan tingkah laku berubah termasuklah penampilan, gaya hidup dan pendapat. Mungkin dia jatuh cinta pada anak orang kaya, jadi penampilan dia agak jauh berubah supaya lebih serasi.

Ataupun dengan orang yang lebih muda, pemakaiannya agak keremajaan.

Hati-hati kalau pasangan berubah begitu drastik, apalagi kalau dia tidak punya alasan yang kuat untuk berubah. Biarkan dia buat begitu semahunya dan tunggu hingga berapa lama dia boleh bertahan. Kalau perubahan itu memang bukan dalam dirinya, dia tak perlu lama untuk berubah kembali menjadi dirinya yang dulu.

Perkara yang membahagiakan

Empat perkara yang mendasari kebahagiaan hidup seseorang menurut kajian di National Institute on Aging, adalah harga diri, optimisme, keterbukaan dan pengendalian diri. Namun bukan hanya terhad kepada empat perkara ini sahaja. Ada beberapa langkah yang boleh dibuat untuk mencapai kebahagian dalam hidup. Antaranya ialah:

- Aktif dan mempertahankan kesibukan.
- Melakukan sesuatu dengan fikiran positif dan optimis.
- Meluangkan waktu untuk bergaul dan bersosial.
- Bekerja dengan produktif dan melakukan pekerjaan yang memberi makna.
- Berorientasi ke masa kini.
- Mengembangkan keperibadian yang sihat.
- Mengembangkan keperibadian yang terbuka.
- Jadilah diri sendiri.
- Mengurangkan permasalahan dan perasaan negatif.
- Memelihara pandangan bahawa peribadi yang elok adalah sumber kebahagiaan yang paling utama.
- Memberikan nilai tinggi terhadap kebahagiaan itu sendiri

Kenangan ASRI Rabbani - SUBUH TERAKHIR

S U B U H T E R A K H I R

Bilakah kali yang terakhir kau ucapkan sayang
Pada insan yang setia berkongsi susah dan senang
Luahkan isi hati...andainya sudah ditakdir
Tadi subuh yang terakhir

Bila berdekatan kadangnya makin kita leka
Bila berjauhan barulah merindu di dada
Selagi berkesempatan ucapkan kalimah kasih
Andai esok takkan hadir

Tika terkasar bahasa mungkin ada yang terasa
Tapi tak kedengaran rintihan kerana sayangkan dirimu
Namun di hati mampukah dilupakan
RAYULAH KEMAAFAN
Jangan sebelum nyawa dipulangkan

Bilakah kali yang terakhir kau kucupi pipi
Ayah bonda yang tak mungkin kau terbalas budi
Tunjukkanlah syukurmu...bertuahnya kau dilahir
Andai esok takkan hadir

Tika terkasar bahasa mungkin ada yang terasa
Tapi tak kedengaran rintihan kerana sayangkan dirimu
Namun di hati mampukah dilupakan
RAYULAH KEMAAFAN
Jangan sebelum nyawa dipulangkan

Lihatlah saja isterimu berkorban separuh nyawa
Demi menjamin kebahagiaan anak dan suami tercinta
Buktikan kepadanya pilihan jodohmu tepat
Sebelum semua terlewat
Lafazkan rasa cinta...andainya sudah ditakdir
Tadi SUBUH YANG TERAKHIR